DC Johor & Negeri Sembilan

DC Johor & Negeri Sembilan

IKLAN NUFFNANG

Thursday, November 25, 2010

Persiapan Awal Untuk Cuti - Cuti Ke Sabah

Hari ni hani nak buat listing utk persiapan awal utk bercuti ke Sabah. Mengikut jadual "cehh ayat" hani akan ke Sabah pada 2/12/2010 (Khamis) - 5/12/2010 (Ahad). Percutian kali ni hubby tersayang tak ikut, huarghhhh sedeynyer :((, sebab dier tak nak ikut "ader la sebab tertentu dier tak nak ikut". Ikutkan mmg hani tak nak ikut, tp disebabkan Tok Mak Faris nak sangat bawak Faris jalan2 naik kapal terbang so dier mmg nak sangat kami pi. Percutian ini dihadiri oleh hani & faris, ayah mertua, mak mertua, mak tiri mertua "ni ahli baru dlm famili", adik ipar & isteri adik ipar. Details flight tak dapat lagi dr mak tiri mertua, nanti hani update.

Kat sini just nak listkan barang2 yang perlu dibawa sepanjang percutian hani & faris kat sabah. Maklumla hubby tak der mcm susah sket. Klau hubby ader hani & hubby jaga faris sama2. Ni hubby tak ikut tanggungjawab menjaga faris 100% adalah hani. Barang nak bawak :

Barang2 Faris selama 4 hari 3 malam
1) Baju cantik2 "baju jalan" = 1 hari 4 pasang baju x 4 hari = 16 pasang
2) Stokin = 6 pasang
3) Pyjamas = 5 pasang
4) Diapers Huggies = 1 hari 5 helai x 4 hari = 20 helai + 3 xtra = 23 helai
5) Tuala Mandi = 3 helai " x suka faris pakai tuala hotel, kulit faris sensitip"
6) Swimming suit = 1 psg "mmg ader 1 ja"
7) Minyak Telon
8) Minyak Habatus Swda
9) Krim Johnson Baby
10) Powder Johnson
11) Beproson "krim parut, gatal2, nyamuk suma boleh" berkesan giler
12) Ubat demam, selsema & batuk
13) Baju panas
14) Wet tisu = 3 peket "kena bawak sentiasa, kang comot la aper la, makan gula, coklat
15) Biskut, Kit Kat, Air kotak "utk bekalan"

Wednesday, November 24, 2010

Ceritera BB Cream & UV Block Powder Brand OSLEE

Assalammualaikum wbt kepada kawan yang dikasihi sekalian,

Ok kawan2 suma, hani ader 1 produk baru nak share ngn kawan2 suma. Produk yang hani nak share dgn  kawan2 adalah produk brand OSLEE. Maybe ader yang pernah dengar dan tidak. Kalau pd hani, hani baru dgr produk ni 2 minggu lepas rasenyer. Itu pun dr blog adik, ibu gojes CPM Honey Nurhaliza. Hani agak tertarik dengan produk Oslee yang beliau gunakan iaitu Oslee Rosehip BB Cream HD Flawless , hmm seperti biasa hani buat survey dalam internet mengenai produk ni. Lepas tu kluar la segala macam produk dalam website OSLEE. Tak sangka byk pulak product nya, best tgk produk2 Oslee ni, ader skin care, body care la, macam2, powder pun ader. Lepas tu hani add la FB Oslee then tnya org Oslee Malaysia tu, dier kata Oslee BB Cream & segala product Oslee ni ader jual kat Guardian. Hani pun termenung seketika sedang memikirkan "tak la susah nk cari produk ni, kat Guardian pun ada, huhuhu..

Tanpa membuang masa, masa lunch tadi gi la Guardian kat Jaya One, malangnya tak dak pulak BB Cream Oslee, just ada Oslee Beuty Solution. lepas tu gi lak Guardian Section 14 kat Digital Mall, Alhamdulillah ada :)), suka sgt. Then hani pun apa lagi beli la.........membazirkan duit :p. Ini dier product itu : 



Ini la dier rupa selepas dibukak2 kotak nya


haaa..kawan2 nmpk regenyer
  hani besarkan rege dier ek :

OSLEE BB CREAM = RM 79.88
UV POWDER = RM 68.90
TOTAL = RM 148.78
tp rege promotion dalam website FB OSLEE hanya RM 99.00, so boleh jimat RM 49.78
+- postage kita leh untung dalam RM 30.00
tp disebabkan saya yg tak sabar2 sgt nk cuba benda ni, gi la beli, sy dah rugi RM 30.00..huhuhuhu, leh wat makan 3 hari woooo

so kawan2 sy tak leh nak bg jaminan produk ni bagus atau tidak coz tak pkai pun lagi, baru bukak kotak, sat gi lepas solat asar kang nak try tepek2 kat muka. Selalunya klu nk tunggu hani bg feedback pasal produk ni, tunggu la hani pakai sebulan dulu, kalau ok dan best, hani akan rekemen kat kat kawan2 suma seperti mana hani bg testimonial produk Natepherol ngn ST :D.

Yg produk BB Cream Dr. Jart & The Havan tu, hani tak baper suka pasal dier oily, mmg la buat muka cantik bile pakai, putih ja, tp bile dah pakai naik lah segala gunung merapi..keh keh keh....so hani reject produk tu.

Utk Oslee ni pulak, kawan2 leh review produk ni kt blog CPM Honey tu, bak kata beliau produk ni sgt2 bagus. So kawan2 leh tnya beliau scara details yer. Kalau kawan2 nk beli boleh la gi Guardian atau pun nak jimat beli jek kat online web oslee tu, byk tu untung..:D

ok sampai sini saje, nnti sy update lagi :))

Tuesday, November 9, 2010

Nak Let Go Beberapa Barang

Assalammualaikum kawan2 yang dikasihi suma.

Hani ader beberapa barang nak let go. Actually barang2 yg hani nak let go ni, pakai 2-4 kali jek. So klu kawan2 suma berminat leh tgk kat sini yer :

http://ibufaris.blogspot.com/2010/11/barang-barang-utk-di-let-go.html

item2 nk let go mcm Spray Fix MAC, Eyeshadow MAC, Eye Primer MAC (Eyebase) & Tudung Pelangi Ariani (Original Ariani)

Kalau kawan2 suma minat leh email hani yer. Rege insyaAllah boleh dirunding ikut persetujuan antara kite :))

Monday, November 8, 2010

Shopping Produk Sendayu Tinggi

Setiap awal bulan, hani mesti pegi Sendayu Tinggi outlet. Pakai St ni sejak 3 bulan lepas selepas hani dapati produk ST mmg sesuai ngn hani. So setiap awal bulan jek mesti la gi sana. Selalu hani gi kat ST ChowKit, tp masa ahad aritu ST chowkit tu tutup awal so gi la kat depan Maju Junction. Outlet lama ST. Setiap bulan mesti terbang la RM 300+. Klu sekadar beli supplement & skin care jek total dalam RM 200+. Tapi biasa la kan lumrah wanita, mesti ader terbih sudahhh. Kadang2 tgk eyeshadow la, lipstick la mesti nak terbeli jugak. So aritu abis la dalam RM 293.20. Haiii bile pk2 balik aiyakkk..tiap2 bulan kena kuar camni pengsan woooo...Tp tak per nxt time cuba kurangkan membeli. Coz aritu bli pallete Eyeshadow ST, so byk la eyeshadow dalam tu. Ok layan pic ya....

Cleanser, Mask & Acne Powder

Suppliment Lucimax, Sedu Arrow & D'Folia
Bagus utk penjagaan kesihatan dalaman wanita
3 ni mesti ader setiap bulan


Pallete Make Up ST Day Glow (RM 89.00)
"Kawan2 suma series sy cakap pallete ni mmg the best la, tak rugi la beli. Berbaloi-baloi, before pakai eyeshadow ni letak dulu eyebase St..perghh kaler dier mmg lawo dan terang, tak der la teruk nk tenyeh2 kat mata" hehehe 
Semua item2 ni hani beli direct kat ST Outlet, tak berani nak beli kat kedai2 jamu ke, shopping complex ker..takut la tiruan kan. So beli direct to ST, senang. Klu beli make up tu soh jek budak2 promoter tu tunjuk camner nak pakai, mmg ramah2 budak2 tu. Paling suka datang ST ni, anak teruna sorang ni la Faris ni, suka sgt tgk eyeshdow yg byk, pastu celet sket kat pipi. Hehehe. Ok lah tu saje pasal ST. Owh yer, klu jadi member mmg untung beli kat ST :D.

Wednesday, November 3, 2010

Hadiah Untuk Faris

Dah lama sgt nak beli hadiah ni utk faris. Ni baru jumpe. Coz faris mmg suka sgt main benda ni kalau bawak dier main kat playground Jaya Jusco Wangsa Maju. Yang kesian nyer tu kalau dier nak naik benda tu, tibe2 ader budak lain terus rampas, dier mcm sedey sgt. Apa lagi peranan ibu kena pujukla si faris.
Sayang ibu, ibu beli benda ni khas utk anak ibu, tp tak dapat skang la. Kena tunggu at least 5 hari coz ibu beli benda ni kat Johor. Online ja senang....tunggu yer sayang.....InsyaAllah hari rabu sampai la benda tu yer....benda tu adalah :


.....
.....

.......

.........

haaaaaa, sambung balik entry ni, hadiah yg hani maksudkan adalah
 
LERADO FIRE CAR
 
wahhh, plate fire car faris no. 39, hehehhe..ni faris yg letak sendiri tau, dier mintak hani lekat ngn 2sided tape..hehehe kreatif betol faris..hehehe
Cehhh posing, sambil tgk tv
 Ni la hadiah utk faris, actually hani beli 2nd hand jak. Nak beli yg baru mau smpai RM500 kot. Tp bile memikirkan faris yg cepat membesar (sure kejap jek main benda ni).Hani beli ngn rege RM 170.00. Masuk umur 4-5 tahun dah nak main benda lain pulak. So hani decide beli jek yg 2nd hand very good condition. Tak kisah la 2nd pun janji permberian ikhlas dr ayah & ibu. Mmg faris suka sgt bile dier nmpk fire car ni. Excited dier, selalu klu setiap bulan hani akan bawak faris main kat playground kat Jusco W. Maju. Kat situ mmg ader 2-3 biji keta camni. Paham2 la ramai kanak2, sure berebut, tu yg hani belikan jugak utk faris. Keta ni hani letak kat opis, senang dier leh main kat opis, kat umah dah tak der space dier nak main2 bawak keta ni...:D

Owh lupa plak, utk pengetahuan kawan2 suma hani bli fire car ni kat http://mybundletoys2.blogspot.com/.

Medical Checkup Kat HKL Pedriatrik

Hari ni 4/11/2010, hari Faris kena checkup kat Institut Pedriatrik, HKL. Disebalik keriangan faris, every 6 months hani kena bawak faris checkup kat IPHKL. Actually tak der la series sgt kes faris ni, tapi kalau dibiarkan mmg la series. Actually masa faris lahir doktor dah bg tau kat hani yg faris punyer testis ader problem. Tp tak la series sgt. Org2 tua kata mcm air pasang, tp faris bukan kena air pasang "ke angin pasang" aiyakk tak ingat la. Faris punyer testis mcm tak develop mcm normal. Just sebelah kiri je yang normal, belah kanan mcm ke atas sket. But then masa bulan 12 thn lepas dah buat minor operation. Masa hani nk tinggalkan faris dalam bilik OT tu Ya Allah, Allah swt je yang tahu perasaan sedih berjurai2 air mata segala hingus kuar. Punyer la sedih teramat. Terpk kenapa benda ni boleh berlaku pada faris. Tp ini suma dugaan dari Allah swt, ader lagi yg lebih teruk. Syukur Alhamdulillah kes faris tak begitu series. Lebih kurang 11 bulan perkembangan testis faris Alhadulillah, ader perkembangan yg positif. Cuma doktor bagi tahu kat hani tadi, dier kata faris makin membesar berkemungkinan testis tu akan naik balik tp just 1% jek. So tak der la risiko sgt. Kalau testis tu naik balik, kena buat operation semula utk kembalikan keadaan asal. Doktor pun ader bg tau jugak, yg faris akan terus buat checkup sampai dier besar then faris boleh cek sendiri. Itu bermakna kira2 umur dier 8 thn ke atas la kot boleh cek sendiri. Doktor ader gak cakap klu ader perubahan yg negatif pada testis tu mcm keras, bengkak dsb, pun kena operation jugak coz benda tu boleh menyebabkan kanser. Bile hani dengar kanser, rase mcm nak nangis. Ye la walau benda ni tak seseries mana, hati ibu kan, rase sedih la sgt coz ni suma masa depan faris. Harap anak ibu tak der aper2 dan selamat sihat.

Hari ni kira abis RM50.00 jugak la nak entertain faris.Itu dekat hospital ja. Segala macam benda dier nak. Toys la, biskut la, air la. Tp tak per, selagi ibu terdaya ibu akan belikan aper saje utk anak ibu.

So the next checkup day adalah pada 3/11/2011

HARTA YG TIDAK TERNILAI BG IBU & AYAH

Faris Amin Bin Su'ud Ridzuan
2 yrs 5 months
9/5/2008

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungi la anakku dari segala penyakit, malapetaka serta bencana. Jadikanlah anakku seorang anak yang soleh dan taat pada ajaranMu Ya Allah, serta taat pada ibu bapa serta orang yang lebih tua dari nye. KepadaMu Ya Allah aku memohon. Amin Ya-rabbal Alamin.