DC Johor & Negeri Sembilan

DC Johor & Negeri Sembilan

IKLAN NUFFNANG

Wednesday, November 3, 2010

Medical Checkup Kat HKL Pedriatrik

Hari ni 4/11/2010, hari Faris kena checkup kat Institut Pedriatrik, HKL. Disebalik keriangan faris, every 6 months hani kena bawak faris checkup kat IPHKL. Actually tak der la series sgt kes faris ni, tapi kalau dibiarkan mmg la series. Actually masa faris lahir doktor dah bg tau kat hani yg faris punyer testis ader problem. Tp tak la series sgt. Org2 tua kata mcm air pasang, tp faris bukan kena air pasang "ke angin pasang" aiyakk tak ingat la. Faris punyer testis mcm tak develop mcm normal. Just sebelah kiri je yang normal, belah kanan mcm ke atas sket. But then masa bulan 12 thn lepas dah buat minor operation. Masa hani nk tinggalkan faris dalam bilik OT tu Ya Allah, Allah swt je yang tahu perasaan sedih berjurai2 air mata segala hingus kuar. Punyer la sedih teramat. Terpk kenapa benda ni boleh berlaku pada faris. Tp ini suma dugaan dari Allah swt, ader lagi yg lebih teruk. Syukur Alhamdulillah kes faris tak begitu series. Lebih kurang 11 bulan perkembangan testis faris Alhadulillah, ader perkembangan yg positif. Cuma doktor bagi tahu kat hani tadi, dier kata faris makin membesar berkemungkinan testis tu akan naik balik tp just 1% jek. So tak der la risiko sgt. Kalau testis tu naik balik, kena buat operation semula utk kembalikan keadaan asal. Doktor pun ader bg tau jugak, yg faris akan terus buat checkup sampai dier besar then faris boleh cek sendiri. Itu bermakna kira2 umur dier 8 thn ke atas la kot boleh cek sendiri. Doktor ader gak cakap klu ader perubahan yg negatif pada testis tu mcm keras, bengkak dsb, pun kena operation jugak coz benda tu boleh menyebabkan kanser. Bile hani dengar kanser, rase mcm nak nangis. Ye la walau benda ni tak seseries mana, hati ibu kan, rase sedih la sgt coz ni suma masa depan faris. Harap anak ibu tak der aper2 dan selamat sihat.

Hari ni kira abis RM50.00 jugak la nak entertain faris.Itu dekat hospital ja. Segala macam benda dier nak. Toys la, biskut la, air la. Tp tak per, selagi ibu terdaya ibu akan belikan aper saje utk anak ibu.

So the next checkup day adalah pada 3/11/2011

HARTA YG TIDAK TERNILAI BG IBU & AYAH

Faris Amin Bin Su'ud Ridzuan
2 yrs 5 months
9/5/2008

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungi la anakku dari segala penyakit, malapetaka serta bencana. Jadikanlah anakku seorang anak yang soleh dan taat pada ajaranMu Ya Allah, serta taat pada ibu bapa serta orang yang lebih tua dari nye. KepadaMu Ya Allah aku memohon. Amin Ya-rabbal Alamin.


Friday, October 22, 2010

I Love My Rider

Assalammualaikum w.b.t kepada kawan2 dan tetamu yg sudi bertandang ke blog hani.

Entry kali ni, hani tak cite psl kecantikkan, masak2 but entry kali ni nk citer pasal suami tersayang yg obses sgt dgn superbike. Hubby hani mmg suka sgt dgn sukan permotoran ni dari dier study masa kt UM lagi. Masa hubby hani study kat UM dier just pakai motor yg 250cc Kawasaki, tapi disebabkan dier mengalami kecederaan yang tak berapa series  pada bulan 6/2007, lagi baper bulan nak kawin, so dier stop nk dekat 2 thn. Dia trauma kejap. Masa tu jatuh kat depan Apartment Mentari Court Sunway. Mmg terkejut la jugak hani masa dapat call dr hubby sendiri, masa dier call tu dier baru sedar selepas hampir 45 minit pengasan kt tepi jalan. Nasib la ade org2 yg membantu. After buat medical check up & scanning kat PPUM, Alhamdulillah tiada kecederaan yang series. 2 minggu jugak la dier nak recovered balik dr makan-minum muntah.

Selepas kami mendirikan rumah tangga, hubby mmg tak pk lagi nak pakai superbike, lagi pun masa tu kami baru jek kawin, so kewangan tu tak lah mengizinkan. Tahun 2009, hubby menyuarakan hasratnya nak aktif dalam superbike, then dier decide nak beli superbike, kami pun servey2 la kat area KL, PJ..tp masa tu masa & kewangan pun tak mengizinkan. Hinggalah bulan 6 yg lepas, rezeki keluarga Alhamdulillah, impian huby tercapai nk pakai superbike. Dier pun beli la CBR 1000cc Honda. Actually mmg tak nk bg dier beli superbike ni, risiko byk, tp beli memikirkan dier yg byk berusaha, so kite sebagai isteri hanya memberi sokongan dr belakang dan berdoa dimana suami kite berada, semoga dia selamat.


Ni masa moto lama Kawasaki, tak silap masa study, masa ni hani pun tak kenal dier lagi

Ni adalah antara2 pic hubby masa kat trek Sepang " katanya nak asah lutut & siku"

tak silap pic ni kali pertama masuk trek Sepang

suit baru smpai from Germany, faris siap rasmi dulu

corner baringgggggggggg

suka sgt pic ni, siap buat wallpaper kat pc

*credit to alongarts.res.qmedia.com
 -sy mintak izin amik pic suami yer en. along -

Sekarang ni byk sangat berita mengenai kemalangan melibatkan superbike, jadi fobia rasenyer. Rase mcm nak baring jek tgh jalan, nak halang hubby ni ride. Tp bila pk2 balik, hmmm tiada gunanya buat mcm tu. Semua kententuan Allah swt, kite mesti berdoa pada NYA mudahan suami yang kite sayangi selamat.

Utk suamiku...Hani sayang awak & faris sgt2

Sunday, October 17, 2010

LOREAL White Perfect Radiance Boosting Double Essence

Ok kawan2 suma, di samping penggunaan ST Skin Care, untuk penjagaan wajah, sebagai tambahannya hani mengunakan LOREL White Perfect Radiance Boosting Double Essence. Sebelum hani menggunakan sesuatu produk hani akan buat survey dalam internet. Then hani tgk CPM Honey Nurhaliza pun menggunakan produk ini sebagai tambahan kepada penjaagan wajah beliau. Mmg tak dinafikan wajah beliau sgt cantik. Rase kagum sgt. Then hani pun gi la Guardian utk mendapatkan produk ni. Then bile dah pakai selama 2 minggu hani dapati kulit makin lembap jek. Hani pakai waktu mlm nak tido seperti yg dicadangkan oleh CPM. Bile bgn pagi rase kulit mcm sihat jek. Tak la mcm dulu2, bgn pagi muka kusam bagai. Hehehhe, so hani akan teruskan pengunaan produk ini sebagai tambahan. Tq to CPM :D. Akk kagumi kecantikkan awak.

RM 60+, certain2 guardian ader buat sale 10% so rege boleh dapat RM 50+ :D

Dah Tak Mau Yang Lain, Al-Kisahnya "SENDAYU TINGGI"

Assalammualaikum suma kawan2 yang disayangi. Mudahan kawan2 suma berada di dalam keadaan yg sihat selalu dan diberkati olehNya. Hani nk bercerita kisah mcm mana hani boleh terjebak ngn produk SENDAYU TINGGI. Act, mmg takut nk cuba produk ST ni sebab masa thn 2002 dulu mmg hani ader cuba skin care dier, tp tak de kesan malah mendatangkan byk jerawat. Then hani stop dah tak pakai2 lagi. Hinggalah 1 ari tu hani dah tak tau nak cuba product aper dah, produk mahal mcm MARY KAY dah try, Syahirah pun dah guna, Nuriz lagi la buat muka ku ini terbakar, Mustika Ratu pun dah guna, pendek kata aper saja yg kuar kat iklan tv suma dah try, then 1 aritu hani tnya Izan Kiut, dier makan jamu aper? then die kata makan D'Folia then ader jamu sampingan lain. Org kata jerawat ni bukan luaran saje kena ubati, dalaman pun kena ada jugak, so hani gi la ST kat Medan Tunku tu, asalnya nak beli jamu D' Folia jek, lepas tu salegirl tu kenal kan produk jamu lain yg boleh support utk kesihatan dalaman.

So adik ni rekemenkan D'Folia, Luminax & Sedu Arrow. Pastu dier kata, utk bg tenaga lagi minum Coffee D' Folia. Hani pun amik la 4 produk tu sebagai permulaan. Then tnya punya tnya pasal skin care hani yg berjerawat ni, dier suggest kan ST Skin Care utk jerawat & oily. Mula2 rase mcm takut nk beli, tp dier soh beli trial set dengan harga RM55.00. Then tawakal jek la beli, klu tak sesuai pun RM 55.00 jek. Tak la semahal produk Mary Kay yg tak der trial set. Bile beli then tak leh pakai rs rugi sgt pasal duit dah labur ratusan RM. Sayang woooo. Beli emas pun bagus. :p.

After 1 bulan hani pakai trial set then cleanser pun abis tambah lagi beli cleanser yg besar, hani dapati kulit hani dah tak naik jerawat, klu naik pun kecik2 jek..tak la segunung besar mcm dulu. Pastu parut jerawat makin pudak sket demi sedikit. Dulu pipi hani ni jerawat yg series, skang dah elok sgt. Rase mcm syukur sangat coz dah jumpe produk yang betul2 serasi dengan hani. Alhamdulillah. Harga pun tak der la mahal mana. Kira mampu la utk membelinya. So skang ni muka dah tak berjerawat lagi. Cuma nak ilangkan sket2 parut kat muka supaya muka nmpk lagi flawless gitu. Buat masa ni kena pakai dulu set ni, then dalam 2-3 bulan lagi boleh la tukar kepada set yg nk bg muka flawless :p. Produk tu mcm kat bawah ni :

Pembersih (Cuci muka 2 kali sehari, pagi & malam) / RM 38.00 100ml
Penyegar (Slps cuci muka pakai penyegar ni) / RM 39.00 100ml
Bedak Jerawat (Klu jerawat yg series pakai 2 kali selepas pakai toner, klu muka dah ok sket just pakai malam jek nk tido) / RM 28.00
Serum Jerawat (Letak kat kawasan yg ader jerawat saje, InsyaAllah dalam masa 24 jam jerawat kering tnpa meninggalkan  kesan parut) / RM 26.00

hani nasihat kan klu yg baru nk cuba produk ST beli trial pack dulu, bile rase sesuai sgt ngn muka then beli la botol besar.

So skang, hani mmg puas ati ngn produk ST dan tak kan tukar produk lain. InsyaAllah.

Friday, October 15, 2010

Chicken Potato Baked & Rainbow Chiffon Cake

Entry kali ni bukan mengenai kecantikan, tetapi mengenai masakan. Hehehhe. Actually hani ni mmglah dikategorikan seorang yg serba-serbi tak tau. Ape tah lagi klu masak2 menggunakan oven. Kalau masak2 lauk tu insyaAllah la, suami jilat jari la makan. Tapi klu bab2 nak buat kek atau aper2 yg gunakan oven ni, alahai fail sket la. Tp berkat sokongan & tunjuk ajar dr kawan2 blogger iaitu Izan Cute Miut, semangat nk buat kek tu makin membara dan tak lupa juga kawan2 fb mcm Kak Fyna, Zuhaiza..byk lah membantu dalam bg tunjuk ajar. So mlm yg sepi, hubby tak dak gi keje kat Subang, hani pun masak la ni : 

Chicken potato bake, wahhh nmpk tlg ayam x senonoh

tabur sos putih

mozarella sedap ni

haaa..slps tabur cheese

ni lak 3 kaler nk buat kek chiffon rainbow, tgk la kaler pink tu..huhuhu x snonoh..pekat tol kaler

slps letak cream tartar & telor putih...

elok sket jd nye

letak dlm loyang..hentam jek corak tu

dlm oven..best jek bau..rs tak tau lg

ini la dier rainbow tak baper nk rainbow...dh jd kek rambo dh

setelah dipotong2 ini la hasilnyer..rs tu ok la..rupa jek tak senonoh

haaaa ni gerenti sedap.....tak caya tnya hubby ku & anakku

x sbr nk ngap ni..pns2 ni sedapppppppppppppppp


Kesayangan Hambe

Ini antara brg2 make up kesayangan hani. Suma ni terkandung dalam pouch tu. Cuma nak tekankan beberapa produk yg menjadi feveret hani, yang hani tak kan tukar dengan jenama lain. Mmg dah serasi dengan kulit. Sgt2 sayang pada item ni. Antaranya adalah :

1) Mineral Powder MARY KAY / RM 70.00
2) Mineral Powder BODY SHOP / RM 99.00 / klik sini
3) Moisture White Shiso Eye Serum BODY SHOP / RM 79.00 / klik sini
4) Foundation MARY KAY / RM x ingat la plak
5) Moisture White Shiso Perfection Foundation / RM 75.00 / klik sini
Hani suka bedak ni yg item no. 5 tu, coz klu malas2 nak pakai foundation dgn mineral powder tu, hani letak jek bedak ni kat muka, cepat dan pantas. Ni kalu kes nak cpt. Tak berminyak pun muka. Best
 Yg ni pulak Mineral Powder Mary Kay & Body Shop. Dua2 hani suka. Dua2 best, cuma beza nyer klu pakai yg Body Shop ni nmpk muka cam whitening sket...putih la sket, klu pakai yg Mary Kay ni nmpk cam kulit asal gak natural gitu. Maybe amik tone kaler lain2. Klu dr segi keserasian, 2-2 ni ok, muka tak berminyak, tak kan berjerawat. :D

Ok, yang ni pulak foundation Mary Kay, byk2 foundation, brand ni jek yg serasi ngn hani. Buat muka tak capuk dan tak berminyak. Wlpn hani pakai mineral powder Body Shop, hani belasah jek pakai Mary Kay. Nmpk muka elok jek...

Pastu yg paling best sgt2 dan berkesan adalah Lip Care Vitamin E, mmg sgt2 berkesan pada wanita2 yg bibir dier senang pecah, yg kurang minum air suam tu kan. Org kata klu kurang air, punca kepada bibir kering dah pecah2. Byk lip care hani cuba 1 pun tak berkesan. Tp dengan Body Shop tak mau yag lain dah...eleh cam iklan pantene plak...Mmg bes. Cuba la, nk tgk details klik sini utk Lip Care, price dalam RM 19.00.

Pastu pulak utk penjaagan mata supaya tak lebam2 hani pilih brand Body Shop, seperti yg hani terangkan kat pic 1 tu. Hani dah try pakai mask mata segala bagai 1 pun tak sesuai. Tp dengan Body Shop..hmmmm puas ati. Tak kan tukar yg lain.


Yg ni plak Brush utk Mineral Powder Body Shop, pun hani suka, pakai mineral powder Mary Kay, hani belasah jugak brush ni. Belasah jek. Brush utk eyeshadow hani pilih Body Shop jugak. Best coz dier lekat kat brush.

Produk yg paling paling paling paling suka adalah Eyeshadow dr SENDAYU TINGGI. Haihhh dulu2 la kan mmg tak nak beli produk local ni. Tp bile dah terjebak dgn ST ni, terus jatuh cinta. Mmg tak kan beli brand lain wlpn brand glamer2 tu. Rege pun murah, klu jadi ahli lagi la murah. Berbaloi2. Nk tau camner leh terjebak ngn SENDAYU TINGGI....tunggu entry yg akan datang..penat dah menaip..byk entry dah buat...

I LOVE EYESHADOW SENDAYU TINGGI
- From left eyebase, gold, maroon, Mystique Blue & Green -
(nnti nk beli lagi :p)

Spray Penyegar Muka Paling Best

Hani nk share ngn kawan2 suma, spray ni fungsi dier lebih kurang mcm spray Fix MAC yg hani post before this. Lebih kurang la, untuk kesegaran la aper bnda suma tu. Cuma MAC tak sesuai ngn hani. So hani ni dah terpengaruh dgn brg2 Body Shop, so hani pun try la beli spray ni. Spray ni mmg bagus la pada hani, buat muka kite fresh bile tgh2 panas tu kan. Wangi pulak tu. Yang bestnye spray ni, bile hani sembur kat muka, rs cam sejuk & ia tak mendatangkan jerawat. Alhamdulillah, hani dah jumpe produk yang sesuai ngn kulit muka hani. Nama nyer ialah :
VITAMIN C - Energizing Face Spritz
Beli kt : Body Shop Mid Valley
Price :  RM 45. Leh tgk website bodyshop
gi kat sini